Saturday, May 8, 2010

KEM JAWI DWITAHUNAN


21 Mei 2010 Kem Jawi akan dilaksanakan di Dewan Nadwah SMS Kuala Terengganu. Antara tujuan kem tersebut diadakan adalah memastikan semua pelajar SESTER mampu menulis jawi mengikut kaedah penulisan yang betul disamping memupuk semangat cintakan warisan bangsa. Kem ini dilaksanakan melalui pendekatan ceramah, bengkel dan latihan. Penceramah khas yang dijemput pada kali ini ialah Ustaz Abdul Manan Bin Ali dari SM Tengku Mizan Zainal Abidin. Beliau adalah Guru Inovatif Terengganu dan Guru Pakar Pendidikan Islam. Semoga usaha yang baik ini akan mendapat keberkatan dari Allah.

Tuesday, May 4, 2010

KULIAH MAGHRIB Siri 7/2010


Assalamualaikum.w.b.k.t

Satu ceramah agama akan diadakan di Surau Al-Firdaus SESTER pada 6 mei 2010. Penceramah yang dijemput ialah Al-Fadhil Ustaz Mohammad Bin Ibrahim atau dikenali sebagai "Ayah We" dikalangan para pelajar. Sehubungan dengan itu semua guru dijemput hadir dan semua pelajar diwajibkan hadir. Tajuk ceramah yang akan disampaikan ialah "KESEMPURNAAN SOLAT". Sama2lah kira mendengar ceramah tersebut dan mengambil pengajarannya.

Friday, November 28, 2008

LAPORAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH








Pada 19 Mac 2008, Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah bersempena dengan Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Sambutan ini telah diadakan di Surau Al-Firdaus.

Sambutan dimulakan dengan bacaan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad sejurus selepas menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Ustad Fauzi bin Yusof, pensyarah dari Universiti Darul Iman. Beliau telah dijemput khas untuk menyampaikan ceramah tentang keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.

Menerusi ceramah yang telah disampaikan,para pelajar dapat menghayati kembali sirah perjuangan baginda dan mengambil iktibar dan pedoman daripadanya. Semua pelajar memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang cuba disampaikan oleh penceramah.

Ceramah diakhiri dengan iringan sebuah lagu nasyid yang begitu mensyahdukan. Para pelajar kemudiannya menunaikan solat Isyak secara berjemaah.

Laporan disediakan oleh,

.........................................

(NURUL SYAHIRAH BT OMAR)

Setiausaha,

BADAR SESTER.

Tuesday, May 6, 2008

LAPORAN MAJLIS MAKAN BERADAB SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1429H/2008M

LAPORAN MAJLIS MAKAN BERADAB SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1429H/2008M

Tanggal 28 Mac 2008,satu Majlis Makan Beradab telah diadakan di Dewan Makan SESTER.Majlis Makan Beradab yang julung kali diadakan pada tahun ini bermula pada jam lapan malam dengan ketibaan para guru dan pelajar.Selepas itu,ketibaan tetamu VIP telah diiringi oleh bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.Tetamu VIP yang hadir untuk bersama-sama menjayakan majlis ini ialah Ustaz Zakaria bin Jusoh (Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam dan Moral,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu).Beliau hadir sebagai wakil kepada Tuan Hj. Wahid bin Setia (Pengarah Sektor Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu).Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Presiden Badar,Muhammad Shaiful Haiqal bin Abdul Malek.Selepas itu,majlis diteruskan dengan ucapan daripada Tuan Hj. Jamil bin Sakmin (Penolong Kanan Pentadbiran SESTER) yang menjadi wakil kepada Ayahanda Pengetua,Tuan Hj Mohamad bin Abdullah yang tidak dapat hadir.Setelah berakhirnya ucapan daripada PK Pentadbiran,tetamu VIP telah dijemput untuk menyampaikan ucapannya.Beliau berasa kagum dengan langkah sektor Sekolah Berasrama Penuh(SBP) yang menjadikan Majlis Makan Beradab sebagai aktiviti bulanan.Di samping itu,beliau juga telah memberi satu cadangan agar penganugerahan tokoh Maulidur Rasul bukan hanya kepada pelajar malah kepada guru-guru sebagai menghargai jasa-jasa mereka.Majlis diteruskan lagi dengan sesi makan dan juga penyampaian anugerah kepada para pelajar yang memperoleh Gred Purata Keseluruhan 3.5 ke atas dalam OTI Febuari yang lepas.Kemudian,tokoh Maulidur Rasul juga diumumkan sejurus selepas itu.Pada tahun ini,tokoh lelaki yang layak bergelar Tokoh Maulidur Rasul ialah saudara Faizal bin Husin daripada Tingkatan 5 Al-Biruni.Manakala,tokoh perempuan telah disandang oleh saudari Nur Khaiyisah Husna binti Amran.Keseluruhannya,Majlis Makan Beradab pada kali ini telah selesai dengan jayanya dan mencatat satu agenda yang penting dalam taqwin Badar.Semoga majlis ini dapat diteruskan lagi pada tahun berikutnya dengan pencapaian yang lebih baik.



LAPORAN MAJLIS ASSYURA SESTER 2008




LAPORAN MAJLIS ASSYURA SESTER 2008



Pada 23 Febuari 2008 (Sabtu),satu aktiviti tahunan SESTER iaitu Majlis Assyura telah diadakan di perkarangan Surau Al-Firdaus.Majlis yang dianjurkan oleh pihak pentadbiran sekolah ini melibatkan semua pihak pentadbir,guru dan pelajar.

Objektif utama Majlis Assyura tahun ini ialah sebagai memperingati peristiwa Nabi Nuh a.s.Selain itu,majlis ini juga diadakan bagi mengeratkan ukhwah antara para pelajar dan guru serta sebagai aktiviti tahunan SESTER


Majlis bermula dengan persediaan tempat dan bahan-bahan assyura pada awal pagi.Pada tahun ini,pihak sekolah telah menyediakan empat buah kawah assyura dan setiap ahli rumah harus bekerjasama mengacau bubur assyura mengikut rumah masing-masing.Menjelang tengah hari,keempat-empat buah kawah bubur telah siap dan majlis diteruskan dengan pengagihan bubur assyura kepada para pelajar,guru dan pihak dewan makan.Di samping itu,gotong-royong membersihkan kawasan surau turut dijalankan.
Secara keseluruhannnya,Majlis Assyura pada tahun ini telah berjalan dengan lancar dan semua objektif berjaya dicapai.Kerjasama yang baik telah ditonjolkan oleh para pelajar dan guru sehingga merapatkan lagi hubungan sesama warga SESTER.Pengagihan bubur assyura yang sistematik juga mampu mengelak daripada berlakunya pembaziran.